DAHLIA DESA MOBILE SPA KB

Hai Assalamualaikum selamat datang ke blog Dahlia Desa Mobile Spa KB.


Terima kasih kerana sudi masuk ke laman blog ini.

Anda sedang mencari perkhidmatan spa seperti:
Aromatherapy massage
Head and shoulder massage
Foot spa
Hand spa
Normal facial
Scrub facial

kini saya sedia memberikan khidmat terbaik untuk anda terus ke rumah anda.

URUTAN AROMATERAPI
TEKANAN sering kali dialami kebanyakan wanita sama ada pelajar, suri rumah atau wanita bekerjaya.

Beban di tempat kerja yang tiada kesudahan menyebabkan mereka mudah sakit kepala, badan terasa lesu dan cepat marah. Sebenarnya pelbagai cara boleh dilakukan bagi mengurangkan tekanan. Ada yang melakukannya dengan beriadah bersama keluarga, bersenam, mengunjungi spa dan cara yang paling senang dan cepat ialah berurut.

Kuasa dan keajaiban sentuhan urutan memang tidak dinafikan mempunyai banyak manfaat serta memberi kesan yang begitu mendalam, bukan saja pada fizikal malah minda dan jiwa individu.

Urutan jika dilakukan dengan teknik yang betul boleh menurunkan kadar degupan jantung, merendahkan tekanan darah, meningkatkan aliran darah, merehatkan otot-otot dan sebagainya.

Urutan membabitkan manipulasi struktur tisu lembut badan secara manual bagi menghilangkan ketidakselesaan, pengecutan otot dan tekanan serta meredakan kesakitan.

Urutan turut merangsang pengeluaran hormon endorfin iaitu sejenis bahan kimia yang membangkitkan rasa gembira dan meningkatkan keyakinan diri.

Wanita mudah mengalami tekanan dan bahagian tubuh yang sering menerima kesan ialah leher, bahu dan kepala. Ketiga-tiga bahagian ini berkait rapat. Justeru, apabila ‘stress’ kepala akan turut sakit. Leher dan bahu akan tegang.

Jika kita memicit bahagian ini akan terasa seperti ada benjolan menyebabkan darah tidak dapat mengalir dengan lancar sekali gus menyebabkan timbulnya migrain dan insomnia.

Jika kita sentuh bahagian yang mengalami ketegangan itu, kita akan berasa keras. Jadi untuk melembutkannya urutan ringan perlu dilakukan. Sebaik-baiknya kita mengurut seminggu sekali bagi mengelakkan penyakit seperti insomnia dan keletihan.

Lakukanlah Urutan Aromaterapi kerana ianya berupaya merehatkan minda. Jadi sambil meredakan ketegangan anggota badan, minda juga segar dan tidur malam anda lebih lena dan nyaman.

Kebaikkan Urutan Aromaterapi:-

Menyingkirkan lebihan toksin badan.
Mengurangkan kadar denyutan jantung dan tekanan darah.
Merehatkan otot-otot yang selama ini mungkin mengalami ketegangan.
Melicinkan tekstur kulit yang menjadi organ tubuh manusia paling besar.
Melancarkan sistem pencernaan.
Membentuk badan.
Menyeimbangkan minda, rohani dan jasmani.
Mengurangkan kebimbangan dan tekanan mental.



Tujuan Facial adalah membersih bintik-bintik hitam & bintik-bintik putih serta kotoran yg terperangkap di pori-pori kulit wajah. Namun, jika kebersihan tidak dilakukan secara optimal ,alat yang digunakan tidak bersih dan rawatan lanjut tidak dilakukan (dirawat dirumah),jerawat mungkin akan datang lagi.

Yang sering terjadi adalah,ketika bintik putih dikeluarkan,maka pori jadi terbuka lebar.
Bila luka yg ditimbulkan akibat jarum semasa tengah facial dan tidak dirawat dgn tepat,maka akan terjadilah iritasi (kulit terasa pedih dan memerah)dan akan menimbulkan jerawat.

Sebaiknya lakukan facial setiap 2 minggu sekali atau 1 bulan sekali . Dan selepas facial jangan biarkan wajah terkena air selama lebih kurang 2 jam.


Manfaat Facial Muka.

Menjadikan Kulit Wajah Bersih Dan Lembab
Membersihkan wajah menggunakan cara yang biasa sebagaimana kita sering melakukannya setiap hari tidak akan mampu mengeluarkan kotoran yang sudah ada di dalam kulit kita.

Oleh itu,facial muka dapat menjadikan kulit muka kembali bersih dan lembab secara menyeluruh.

 Malah ia urutan pada wajah ketika melakukan facial muka dapat melancarkan aliran darah dan membantu menenangkan otot di bahagian muka dan kepala.

Membekalkan Nutrisi Pada Kulit
Ketika melakukan facial muka, pori-pori kulit muka akan terbuka sebelum disapukan krim rawatan. Hal ini menyebabkan kulit wajah lebih mudah untuk menyerap nutrisi yang terkandung dalam krim rawatan itu.

Pengelupasan Kulit Muka Yang Sempurna
Proses pengelupasan kulit dapat menanggalkan sel-sel kulit mati agar segera digantikan dengan sel kulit baru yang lebih sihat. Maka kulit jadi tampak berseri-seri.

Proses facial muka juga dapat merangsang produktiviti kolagen dan juga elastin sekaligus mengurangkan penghasilan kedutan.

Mencantikkan Kulit Wajah
Bahan-bahan yang digunakan dalam rawatan facial muka mampu menyerap jauh ke dalam kulit dapat melambatkan penuaan,mencerahkan warna kulit,sebagai antioksidan, memperbaharui sel-sel kulit yang mati dan juga merawat kulit yang bermasalah.

Baca Juga:

Kebaikan Jus Lemon
Perkara Yang Perlu Dipertimbangkan Sebelum Melakukan Facial Muka.

Tujuan Facial Muka
Anda haruslah tahu tujuan anda ingin melakukan facial muka tersebut. Samada anda ingin memanjakan muka ataupun ingin merawat kulit wajah yang kurang berseri,kusam,blackhead,jerawat atau sebagainya.

Jenis Kulit
Sekiranya kulit anda dalam kategori kulit yang bermasalah,anda disarankan untuk melakukan facial muka yang dikendalikan professional. Ini untuk mengelakkan dari masalah kulit anda seperti jerawat bertambah buruk sekiranya facial muka dilakukan oleh golongan yang kurang pakar.

Produk
Perkara ini sangat penting untuk anda pertimbangkan sekiranya ingin melakukan facial muka kerana tidak semua kulit wajah sesuai dengan produk yang digunakan. Akibat pemilihan produk yang salah boleh menimbulkan masalah pada kulit seperti jerawat yang banyak.

Cara Memilih Masker Wajah Mengikut Kulit.

Kulit Normal
Anda sangat beruntung sekiranya dikurniakan kulit yang normal kerana bagi jenis kulit ini,tidak ada sebarang masalah untuk memilih masker wajah yang sesuai dengan jenis kulit wajah.

Wanita yang mempunyai kulit normal boleh menggunakan timun,kentang atau buah yang lain untuk mendapatkan hasil. Selain itu,sekiranya anda inginkan kulit wajah yang cerah,anda boleh juga menggunakan sengkuang.

Kulit Kering
Bagi wanita yang mempunyai kulit wajah yang kering,anda bolehlah menggunakan buah aprikot,pisang atau sengkuang sebagai bahan untuk dijadikan masker wajah.

Anda juga disarankan agar menghindari tabiat mencuci muka dengan menggunakan air hangat kerana ia akan membuat kulit semakin kering. Amalkan menyapu toner dan milk cleanser supaya kulit kekal lembab dan kenyal.

Kulit Berminyak
Manakala bagi wanita yang mempunyai kulit yang berminyak,anda disarankan untuk masker yang diperbuat daripada nanas atau jeruk nipis. Anda juga boleh menggunakan campuran putih telur atau kuning telur dengan madu untuk mengurangi minyak pada kulit wajah anda.

Selain itu, amalkan penjagaan muka harian iaitu pencuci, penyegar dan pelembab di samping skrub dan mask yang dilakukan dua kali seminggu.


Hand Spa

Kebaikan Hand spa
🌸melegakan lenguh lenguh seharian letih melakukan kerja
🌸melancarkan peredaran darah
🌸membuang sel sel kulit mati pada kulit
🌸melicin dan melembut kan kulit seperti bayi
🌸memutihkan kulit
🌸mewangi dan mengharumkan kulit.pasti suami bertambah sayang.



FOOT SPA

KELEBIHAN FOOT SPA ANTARANYA IALAH;

* menghilangkan kepenatan dan memberikan oksigen
* mengurangkan stress
* melancarkan peredaraan darah
* menghilangkan bengkak-bengkak kaki
* menyegarkan dan memperkuatkan sistem ketahanan badan.

#teamcrewmobilespamawarputih
#crewmobilespamawarputih
#mobilespa
#dahliadesamobilespa

~ YANG PENTING FOOT SPA INI AMAT SESUAI JIKA KITA LAKUKAN DALAM SEMINGGU 2 KALI.

Untuk dapatkan pakej2 menarik dan promosi pakej2 kegemaran anda boleh lah ke page dahlia mobile spa.

https://www.facebook.com/Dahlia-Mobile-spa-KB-1752188605036817/

@

whatapps pertanyaan anda ke
0179368387
0179368387
0179368387

Sekitar kawasan kota bharu.

Ulasan